Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Faktor yang menyumbang kepada perkahwinan bawah umur di Sarawak adalah isu kemiskinan dan kes terlanjur di kalangan remaja. Gambar hiasan.

Kemiskinan dan kes terlanjur faktor perkahwinan bawah umur

KUCHING, 7 Jun: Faktor yang menyumbang kepada perkahwinan bawah umur di Sarawak adalah isu kemiskinan dan kes terlanjur di kalangan remaja.

@tvstvmy

Tangisan ‘malam melah pinang’, Amy gadis Iban 13 tahun akur bergelar isteri #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia

♬ Sad violin ballad – Inumori
Video TikTok TVS memaparkan kisah perkahwinan bawah umur oleh tiga gadis dari Sarawak menerusi temu bual yang diatur oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baru – baru ini.

Demikian penjelasan daripada Menteri Pembangunan Wanita, Kanak – Kanak dan Kesejahteraan Masyarakat negeri, Dato Sri Fatimah Abdullah yang juga memberitahu isu berkenaan merupakan perkara yang menjadi perhatian kementeriannya.

“Berdasarkan maklumat awal, faktor yang menyumbang kepada perkara ini adalah isu kemiskinan dan kes terlanjur di kalangan remaja bawah umur,” katanya. 

Baca lagi > > > Tangisan ‘malam melah pinang’, Amy gadis Iban 13 tahun akur bergelar isteri

Fatimah menjelaskan, Sarawak mempunyai tiga sistem perundangan berkaitan dengan perkahwinan iaitu undang-undang sivil, syariah serta adat dengan dua daripada undang-undang tersebut telah menetapkan had umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun.

Fatimah yang merupakan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat berkata, untuk undang-undang syariah di Sarawak walaupun berdasarkan faktor psikologi dan biologi (akal baligh) namun jika ianya melibatkan remaja bawah umur perlu mendapatkan kelulusan daripada mahkamah syariah sebelum perkahwinan dapat diteruskan.

“Undang-undang sivil di Sarawak telah menetapkan had umur 18 tahun namun dalam situasi tertentu misalnya jika remaja perempuan di bawah umur hamil sebelum berkahwin perlu mendapat kelulusan dari kerajaan negeri menerusi Residen Bahagian masing-masing sebelum dibenarkan berkahwin dengan pasangan,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri secara konsisten bekerjasama dengan pihak berkepentingan bagi menyokong had perkahwinan 18 tahun dapat dilaksanakan merangkumi semua lapisan kaum dan agama.

Sehubungan itu, Fatimah berkata, ‘tidak tepat’ jika ada pihak tertentu mendakwa Sarawak tidak menyokong pelaksanaan had umur perkahwinan. 

“Usaha ke arah itu memerlukan masa.

“Ini merupakan isu yang diberi perhatian oleh kita (Kerajaan Sarawak) dan Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Sementara itu, mengikut laporan Tabung Kanak – Kanak Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia, setakat 9 Mac lepas, terdapat 1,856 kanak – kanak bawah umur telah berkahwin pada 2018.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad pula dilaporkan pernah berkata, seramai 445 pelajar sekolah di seluruh negara tidak menamatkan persekolahan atas alasan ingin berkahwin bagi tempoh 2020 hingga kini.

Katanya jumlah itu melibatkan seramai 411 orang pelajar perempuan dan 34 lagi pelajar lelaki.

Sarawak merupakan negeri yang mencatatkan kes tertinggi sebanyak 183 kes dan diikuti Sabah (86), Kelantan (43), Pahang (38), Terengganu dan Perak masing-masing 21 kes.

Ia diikuti Kedah (17), Selangor (12), Johor (10), Perlis dan Pulau Pinang (empat), Negeri Sembilan (tiga), Melaka (dua), dan Labuan (satu). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan