Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Retno Marsudi, Menteri Luar Negeri Indonesia.

Indonesia kutuk kenyataan dua ahli politik India hina Nabi Muhammad

JAKARTA, 7 Jun : Indonesia mengecam kenyataan kontroversi dua ahli politik India baru-baru ini yang didakwa telah menghina Nabi Muhammad.

“Indonesia mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan menghina Nabi Muhammad (saw) oleh dua ahli politik India.

“Indonesia turut memanggil Duta India di Jakarta dan menyerahkan surat bantahan berhubung perkara itu,” ciap Kementerian Hal Ehwal Luar di akaun Twitter rasminya.

Indonesia bersama-sama Qatar, Kuwait, Iran, Arab Saudi dan negara Islam lain mengutuk kenyataan ahli politik parti pemerintah India baru-baru ini yang didakwa menghina Islam.

Parti pemerintah India, Parti Bharatiya Janata (BJP) pada Ahad menggantung jurucakapnya, Nupur Sharma yang didakwa membuat kenyataan menghina dalam debat televisyen dan Naveen Jindal atas komennya di media sosial.

“BJP mengecam sekeras-kerasnya penghinaan terhadap mana-mana personaliti mana-mana agama,” menurut kenyataan parti itu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan