Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Had umur untuk membeli senjata separa automatik di New York dinaikkan daripada 18 kepada 21 tahun pada Isnin susulan tragedi pembunuhan beramai-ramai baru-baru ini,

Had umur beli senjata separa automatik dinaikan kepada 21 tahun

ByBernama

HOUSTON, 7 Jun: Had umur untuk membeli senjata separa automatik di New York dinaikkan daripada 18 kepada 21 tahun pada Isnin susulan tragedi pembunuhan beramai-ramai baru-baru ini, lapor Agensi Anadolu.

“Hanya tindakan tegas akan menyelesaikan masalah ini,” kata Gabenor New York, Kathy Hochul, ketika menandatangani rang undang-undang itu.

Di bawah undang-undang baharu itu, mereka di bawah umur 21 tahun tidak lagi dibenarkan membeli senjata api separa automatik, menjadikan New York antara negeri pertama menggubal undang-undang terhadap kawalan senjata api di Amerika Syarikat (AS).

Dua kejadian tembakan terbaharu melibatkan individu bersenjata di bawah umur 21 tahun.

Seorang lelaki berusia 18 tahun mengamuk di Sekolah Rendah Robb di Uvalde, Texas, sehingga mengorbankan 19 pelajar dan dua guru.

Sementara itu, satu lagi tragedi berdarah membabitkan seorang lelaki berusia 18 tahun menembak mati 10 orang di pasar raya Tops di Buffalo, New York.

Selain itu, semua senjata api yang baharu perlu mempunyai microstamping,

New York juga sedang menyemak semula undang-undang berkaitan “red flag” yang membenarkan mahkamah menyimpan sementara senjata api individu yang menjadi ancaman terhadap diri sendiri mahupun orang lain.

“Di New York, kami mengambil tindakan berani dan tegas. Kami mengetatkan undang-undang “red flag” untuk menjauhkan senjata daripada individu berbahaya,” kata Hochul. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan