Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB), melalui anak syarikat milik penuhnya, SCIB Properties Sdn Bhd, menerima surat lantikan bagi kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) bernilai RM30.75 juta daripada Ennova Sdn Bhd.

Anak syarikat Sarawak Consolidated Industries peroleh kontrak tiang lampu bernilai RM30.75 juta

KUALA LUMPUR, 7 Jun : Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB), melalui anak syarikat milik penuhnya, SCIB Properties Sdn Bhd, menerima surat lantikan bagi kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) bernilai RM30.75 juta daripada Ennova Sdn Bhd.

Pengeluar produk pembinaan dan konkrit itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata kontrak tersebut melibatkan penggantian 200 unit tiang lampu di Lembah Klang untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Perkhidmatan kejuruteraan projek untuk penggantian tiang lampu pintar bersepadu DBKL dijangka bermula pada Jun 2022 dan berakhir pada Mei 2023.

“Kontrak itu dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan masa depan SCIB Group kerana sebarang keuntungan yang boleh diagihkan kepada kumpulan akan direalisasikan secara berperingkat sepanjang tempoh dan kemajuan kontrak,” katanya.

Kontrak tersebut tidak akan menjejaskan modal saham terbitan dan pemegangan saham pemegang saham utama ataupun aset bersih SCIB dan kumpulan syarikatnya bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2022.

Kontrak itu tertakluk kepada risiko perniagaan biasa seperti kenaikan kos bahan, ketersediaan tenaga kerja mahir, terma kontrak termasuk peruntukan mungkir, prestasi subkontraktor dan kesihatan selain keselamatan terhadap prosedur operasi standard.

“Bagaimanapun, SCIB akan melaksanakan langkah-langkah kawalan dan prosedur operasi untuk mengurangkan risiko yang dijangkakan,” tambahnya.  –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan