KOTA KINABALU, 5 Jun : Seramai 21,387 sukarelawan tekah berdaftar menjadi ahli Skuad Waja (Wanita Anti Jenayah) di Sabah.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff dalam kenyataan hari ini berkata skuad Waja memainkan peranan sebagai mata dan telinga kepada kerajaan dalam masyarakat di peringkat komuniti.
“Skuad ini memainkan peranan untuk memperkasa komuniti melalui perkhidmatan bantuan psikososial dan aktiviti bimbingan bagi meningkatkan kesedaran tentang isu jenayah, manipulasi, eksploitasi dan keganasan rumah tangga.
“Program ini menjadi tunjang Kekuatan KPWKM dalam menjayakan agenda keluarga Malaysia,” katanya.
Tambahnya pelbagai program telah dijalankan di seluruh negeri Sabah bertujuan menyantuni komuniti yang memerlukan.
“Kerana itulah program ini sangat signifikan dalam tempoh pandemik dan banyak membantu masyarakat dalam tempoh pandemik khususnya di Peringkat akar umbi,” katanya.
Untuk rekod 12,228 wanita telah mendaftar sebagai ahli Skuad Waja di Sabah.
Antara program psikososial yang telah diadakan di adalah seperti Program Psikososial Skuad Kembara Sandakan dan Tuaran dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Wanita Wilayah Persekutuan. -TVS