Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penganjuran Pest Babulan dan pelbagai kebudayaan lain adalah wadah kepada mengukuhkan perpaduan rakyat Sarawak yang terdiri daripada rakyat berbagai kaum dan latar belakang.

Pesta Babulang kukuh perpaduan rakyat Sarawak

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 5 Jun : Penganjuran Pest Babulan dan pelbagai kebudayaan lain adalah wadah kepada mengukuhkan perpaduan rakyat Sarawak yang terdiri daripada rakyat berbagai kaum dan latar belakang.

Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, itu selaras dengan pelaksanaan pelan strategi pembangunan pasca COVID-19 (PCDS) 2030 yang dilancarkan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Ujar Awang Tengah PCDS 2030 akan memastikan pembangunan pesat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

“Ini termasuk di Limbang, yang mana dengan meneruskan projek pembangunan Infrastruktur, Telekomunikasi dan juga penglibatan masyarakat dalam sektor pertanian.

“Penganjuran Pesta Babulang ini adalah wadah kepada pengukuhan perpaduan rakyat Sarawak yang berbilang kaum serta budaya,” katanya yang ditemui pada Pesta Babulang di batu Danau, Limbang semalam

Untuk rekod Pesta Babulang merupakan antara acara ikonik di utara Sarawak dengan menampilkan kebudayaan, kesenian dan adat resam suku Kaum Bisaya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan