Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seekor gajah betina telah dipilih oleh Jabatan Hidupan Liar (JHL) untuk operasi pemasangan kolar Sistem Kedudukan Global (GPS), di sini semalam.

Jabatan Hidupan Liar (JHL) pasang kolar GPS gajah

LAHAD DATU, 5 Jun : Seekor gajah betina telah dipilih oleh Jabatan Hidupan Liar (JHL) untuk operasi pemasangan kolar Sistem Kedudukan Global (GPS), di sini semalam.

Pegawai JHL, Sylvister Saimin dalam kenyataan berkata, operasi itu telah dilakukan di kebun kecil berhampiran Hutan Mersuli, Ulu Segama yang merupakan antara kawasan gajah liar spesis Borneo Pigmi.

Menurutnya, pemasangan kolar GPS tersebut bertujuan untuk memudahkan pihak JHL mengesan pergerakan kumpulan gajah bagi memudahkan kerja pengawalan.

“Sekaligus ini dapat mengesan pergerakan kumpulan gajah berkenaan jika menceroboh kawasan ladang.

“Pemasangan kolar ini adalah atas sumbangan daripada World Wide Fund for Nature-Malaysia (WWF-Malaysia) cawangan Sabah,” katanya.

Sylvister berkata, gajah betina yang dipilih itu adalah yang sudah matang dan mencukupi kriteria Pusat Pemuliharaan Gajah Borneo.

“Sebelum itu, gajah berkenaan ditembak dengan ubat pelali bagi memudahkan kerja pemasangan kolar dilakukan,” katanya.

Operasi itu turut mendapat kerjasama oleh Pusat Pemuliharaan Gajah Borneo.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan