Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kumpulan 358 jemaah haji dari Indonesia itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohamed bin Abdulaziz di kota suci Madinah,

Arab Saudi sambut ketibaan kumpulan jemaah haji pertama sejak pandemik

ByBernama

RIYADH, 5 Jun: Kumpulan pertama jemaah haji asing tiba di Arab Saudi pada Sabtu, buat julung kalinya sejak penularan pandemik COVID-19.

Kumpulan 358 jemaah haji dari Indonesia itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohamed bin Abdulaziz di kota suci Madinah, lapor Agensi Anadolu memetik laporan agensi berita negara SPA.

Arab Saudi mengehadkan ibadah haji hanya kepada jemaah domestik sejak dua tahun lalu berikutan pandemik. Seramai 60,000 jemaah menunaikan haji tahun lalu berbanding sekitar 2.5 juta pada 2019.

Ziarah ke tempat paling suci Islam, Kaabah di kota Mekah, adalah satu daripada lima rukun Islam.​ Setiap umat Islam diwajibkan menunaikan haji sekurang-kurangnya sekali dalam hidupnya jika berkemampuan. -TVS

Tags: haji, jemaah

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan