Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengingatkan pengguna media sosial agar menjaga kesopanan dan tatasusila serta bertolak ansur ketika memberi pandangan atau membuat sebarang ulasan berhubung Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Waspada dengan mesej penipuan melalui e-mel – MCMC

KUALA LUMPUR, 4 Jun : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengingatkan orang ramai supaya waspada dengan e-mel menggunakan profil (nama dan gambar) pemimpin negara, ketua organisasi atau syarikat, yang memberi arahan di luar kebiasaan.

MCMC  dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan sebarang komunikasi yang diterima luar daripada kebiasaan perlu disemak dan ditentukan kesahihannya selain tidak dikongsi dengan mana-mana pihak.

“Ini bertujuan untuk mengelakkan dari menjadi mangsa kepada aktiviti yang berniat jahat dan berunsur penipuan. Penyebaran kandungan palsu boleh dikenakan tindakan perundangan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998,” menurut kenyataan itu.

Peringatan tersebut dikeluarkan susulan daripada aduan yang diterima dari orang ramai berkaitan e-mel yang tidak ditentusahkan telah ditangkap layar dan disebarkan melalui aplikasi mesej dalam talian.

Menurut kenyataan itu, orang ramai diingatkan untuk membuat semakan dengan pihak yang terlibat (pihak yang profil atau identitinya digunakan) dan melaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), sekiranya kandungan e-mel tersebut tidak benar bagi memastikan tindakan sewajarnya dapat diambil.

“Sekiranya ada menerima e-mel yang mencurigakan, sertakan ‘email header’ bagi e-mel tersebut semasa mengemukakan laporan kepada pihak polis,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai juga boleh membantu mengurangkan penyebaran e-mel seperti itu dengan melaporkan penyalahgunaan e-mel kepada penyedia perkhidmatan e-mel di https://support.google.com/mail/answer/8253 bagi gmail dan https://my.help.yahoo.com/kb/SLN26401.html bagi Yahoo! Mail. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan