Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr. Sim yang juga Timbalan Premier berkata, partinya akan memberi tumpuan penting untuk PRU15 yang akan datang.

Mungkin PRU15 tahun ini – Dr. Sim

KUCHING, 4 Jun : Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Dato Sri Dr. Sim Kui Hian tidak menolak kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diadakan pada tahun ini.

Katanya, ia adalah berikutan situasi politik yang tidak menentu di Semenanjung Malaysia.

Sehubungan itu katanya, Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu mengekalkan momentum bagi memastikan segala perancangan dapat diteruskan.

“Ini kerana, seperti apa yang pernah dikatakan oleh Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kita akan bertanding di kesemua 31 kerusi Parlimen di Sarawak dan mahu sapu bersih semua kerusi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun ke-63 SUPP di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Dr. Sim yang juga Timbalan Premier berkata, partinya akan memberi tumpuan penting untuk PRU15 yang akan datang.

“Kita mahu memenangi semua kerusi kerana GPS adalah wakil terbaik untuk menyampaikan suara Sarawak di Parlimen,” katanya.

Katanya lagi, SUPP juga akan menubuhkan Jawatankuasa Perhubungan Parlimen bagi menyenarai pendek calon yang akan bertanding pada PRU15.

Jelasnya, ia diperlukan dalam kadar segera bagi membolehkan setiap calon untuk turun padang selain merencanakan setiap percaturan bagi menghadapi PRU-15.

“Ia menunjukkan Sarawak mempunyai wakil rakyat yang begitu serius mengambil bahagian untuk memilih calon sesuai dengan segera dan membolehkannya turun padang,” ujarnya.

Untuk rekod, tempoh penggal Dewan Rakyat akan terbubar secara automatik selepas lima tahun dari tarikh mesyuarat pertama persidangan Parlimen ke-14 iaitu 16 Julai 2018.

Penggal itu dijangka tamat pada suku ketiga tahun depan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan