Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) berjaya menyiapkan dua projek dengan peruntukan lebih RM7 juta untuk membantu rakyat di Mukah mendapatkan kediaman yang lebih selesa.

Lebih RM7 juta dibelanja bantu rakyat miliki rumah di Mukah

KUCHING, 4 Jun : Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) berjaya menyiapkan dua projek dengan peruntukan lebih RM7 juta untuk membantu rakyat di Mukah mendapatkan kediaman yang lebih selesa.

Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Mohamad Asman Ahmad berkata, projek berkenaan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada Disember 2019.

Katanya,  Projek Rumah Spektra Permata (RSP) di Mukah melibatkan Skim Pembesaran Kampung (SPK) di Igan dan Tian, Matu.

“Sebanyak 20 unit RSP SPK Igan dan 20 unit SPK Tian dibina berdasarkan Sistem Binaan Berindustri atau IBS dan berjaya disiapkan,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Perincian perbelanjaan untuk projek berkenaan menurut Mohamad Asman melibakan kos RM4 041 539.63 untuk SPK Igan dan RM3 702 275.47 untuk SPK Tian.

Katanya, ia melibatkan kerja – kerja penembokan tanah serta pembinaan rumah.

Berhubung projek RSP itu, beliau menjelaskan ia merupakan program perumahan di bawah Kerajaan Sarawak untuk membantu golongan berpendapatan rendah khususnya di luar bandar memiliki rumah kediaman melalui Skim Penempatan Semula (SPS) Jabatan Tanah dan Survei dan Skim Perluasan Kampung (SPK).

Sementara itu, program RSP lain yang kini dalam pelaksanaan di Bahagian Mukah ialah SPK Hilir Dalat (39 unit) untuk Fasa I, manakala 21 unit dicadangkan untuk tambahan dalam fasa seterusnya.

” Cadangan baharu lain untuk program RSP pula adalah SPK Oya, Dalat.

“Di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) pula, dua projek RSP SPK akan dilaksanakan di Bahagian Mukah iaitu SPK Badong, Daro melibatkan pembinaan 20 unit rumah manakala 22 unit RSP akan dibina di Balingian, Mukah,” ujarnya.

Bagi SPK Badong, nilai projek berdasarkan skop pembangunan projek di bawah peruntukan RMK-12 adalah sebanyak RM1.5 juta manakala RM36.5 juta pula merupakan peruntukan di bawah Projek Rakyat.  -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found