Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Annuar Musa hadir pada program RIUH Bah! Bersama Hotlink di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini malam tadi.Foto Bernama.

Kerajaan beri jaminan Sabah diberi keutamaan tinggi pembangunan telekomunikasi

ByBernama

KOTA KINABALU, 4 Jun : Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) memberi jaminan akan memberi keutamaan tinggi kepada Sabah dalam rancangan pembangunan telekomunikasi negara, kata Menterinya Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata pada masa ini, lebih RM1 bilion telah diperuntukkan bagi melaksana pelbagai program telekomunikasi terlibat sama ada di bawah program Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan Projek Point of Presence (PoP) serta pembekalan perkhidmatan jalur lebar di kawasan pedalaman Negeri di Bawah Bayu itu.

“Justeru, kementerian saya akan memastikan program-program di bawah K-KOMM serta agensi di bawahnya dan syarikat-syarikat termasuk telco yang sama-sama terlibat akan memberikan tumpuan  sepenuhnya (terhadap pembangunan telekomunikasi).

“Ini jaminan saya kepada Ketua Menteri (Datuk Seri Hajiji Noor) kita akan bekerja kuat dan memberikan keutamaan yang tinggi kepada negeri Sabah,” katanya ketika berucap pada program RIUH Bah! Bersama Hotlink di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini malam tadi.

Hadir sama Hajiji, Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Joachim Gunsalam, Ketua Setiausaha K-KOMM Datuk Seri Mohammad Mentek, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis merangkap Rakan Strategik Utama Riuh Bah! Gokhan Ogut dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Roslan Ariffin. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan