Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak membenarkan pelaksanaan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini namun tertakhluk kepada prosedur operasi standard (SOP). Foto Bernama.

Ibadah Korban di Sarawak dibenarkan dengan SOP ditetapkan

KUCHING, 4 Jun : Sarawak membenarkan pelaksanaan ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini namun tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Majlis Islam Sarawak (MIS) menerusi kenyataan memaklumkan, pihak yang berhasrat melaksanakannya perlu mendapat permit penyembelihan dari Pejabat Veterinar Negeri atau mana-mana Pejabat Veterinar Daerah.

“Pembekal haiwan korban perlu memiliki Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) dari pejabat Veterinar Negeri atau mana-mana Pejabat Veterinar Daerah,” jelas kenyataan berkenaan.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Pengelola dinasihatkan untuk menyediakan serta menyelia empat kawasan pelaksanaan sembelihan.

Ini termasuk kawasan penyembelihan, kawasan pelapah, kawasan pemotongan, penimbangan dan pembungkusan serta kawasan pengagihan untuk peserta dan penerima.

MIS turut memaklumkan tapak penyembelihan juga perlu sesuai dan tidak berhampiran dengan longkang dan selain perlu mendapat kebenaran oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan