Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sambutan Hari Gawai di Sarawak pada 1 Jun lepas tidak menunjukkan peningkatan kes COVID-19.

COVID-19: Tiada peningkatan mendadak di Sarawak selepas Hari Gawai

KUCHING, 4 Jun : Sambutan Hari Gawai pada Selasa lepas di Sarawak setakat ini tidak menunjukkan berlakunya peningkatan mendadak jangkitan kes baharu COVID-19 walaupun acara yang melibatkan perhimpunan besar dibenarkan.

Berdasarkan laman COVIDNOW, Sarawak melaporkan 28 kes baharu semalam sekaligus menjadikan kes kumulatif mencecah kepada 306,700 kes sejak virus berkenaan dikesan.

Jumlah kes baharu yang direkodkan pada hari pertama dan hari kedua sambutan Hari Gawai pula masing-masing adalah 23 dan 14 kes.

“Selain itu, jumlah kes kematian di Sarawak setakat 3 Jun adalah 1,736 kes di mana kes kematian di hospital adalah 1,358 dan kes ‘brought in dead’ adalah 378 kes.

“Bagi kes pesakit COVID-19 yang diwadkan pula adalah 37 orang dan hanya satu kes aktif pesakit COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU),” jelas laman tersebut.

Kadar vaksinasi bagi negeri Sarawak pula menyaksikan 2,359,681 telah lengkap dua dos dan 1,571,657 daripadanya telah menerima dos penggalak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan