Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekalan ubat-ubatan di pasaran dalam negara masih berada pada tahap yang terkawal meskipun pihak industri menunjukkan terdapat peningkatan permintaan yang mendadak. Gambar hiasan.

Tiada isu kekurangan bekalan ubat-ubatan di pasaran Malaysia

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 3 Jun : Bekalan ubat-ubatan di pasaran dalam negara masih berada pada tahap yang terkawal meskipun pihak industri menunjukkan terdapat peningkatan permintaan yang mendadak.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Norhaliza A Halim memaklumkan isu kekurangan bekalan ubat-ubatan dan bahan mentah bagi produk farmaseutikal yang dilaporkan dalam media massa dan menerusi laman sosial adalah tidak benar sama sekali.

Kenyataan Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia bertarikh 3 Jun 2022

“KKM melalui Program Perkhidmatan Farmasi telah mengadakan perjumpaan dengan pihak industri farmaseutikal, iaitu Malaysian Organisation of Pharmaceutical Industries (MOPI), Pharmaceutical Association of Malaysia (PhAMA) dan Malaysia Association of Pharmaceutical Suppliers (MAPS) pada 2 Jun 2022.

“Namun, pada masa ini, tiada produk yang mengalami gangguan bekalan secara menyeluruh kerana kebanyakan produk mempunyai alternatif dari pelbagai jenama lain yang mempunyai indikasi yang sama,”katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Kekurangan bekalan dikatakan melibatkan ubat-ubatan untuk rawatan demam, selsema dan batuk, sakit tekak, antibiotik, ubat tahan sakit serta ubat-ubatan bagi mengurangkan gejala penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD).

Dalam pada itu katanya lagi pihak pengilang juga telah meningkatkan kapasiti pengeluaran bagi memenuhi permintaan yang tinggi.

Justeru tambah beliau, pemantauan yang ketat dan penyelesaian terhadap setiap isu yang dialami akan diteliti melalui komunikasi berterusan antara KKM dan pihak industri farmaseutikal bagi memastikan kesinambungan bekalan ubat-ubatan yang berkualiti, selamat dan berkesan kepada rakyat Malaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan