Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Polis Marin (PPM) di sini merampas 94,400 batang rokok seludup pelbagai jenama dianggar bernilai RM68,534.40 dalam Op Gelora Khas/ Op Kontraban di sini semalam. Foto: PPM Tawau

Rokok seludup bernilai lebih RM68 ribu dirampas PPM Tawau

ByTVS

TAWAU, 3 Jun : Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya merampas 94,400 batang rokok seludup pelbagai jenama dianggar bernilai RM68,534.40 dalam Op Gelora Khas/Op Kontraban di sini semalam.

Dalam kejadian jam 10.45 malam itu, rokok seludup berkenaan dirampas hasil risikan pasukan PPM di kawasan semak berdekatan tepi jalan Kampung Batu 3, Jalan Apas.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah 4 Tawau, Deputi Superintendan Ridzauddin Selamat berkata, pihaknya telah terserempak dengan beberapa lelaki sedang mengangkat dan melonggokkan kotak-kotak di dalam semak di tepi jalan.

“Apabila pasukan menghampiri mereka, kesemua lelaki tersebut bertindak melarikan diri ke dalam semak dan meninggalkan kesemua kotak tersebut.

“Pasukan telah cuba mengejar kesemua lelaki tersebut namun tidak berjaya kerana cuaca gelap,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ridzauddin berkata, hasil pemeriksaan lanjut ke atas semua kotak yang ditinggalkan mendapati didalamnya berisi rokok yang dipercayai dibawa masuk daripada negara jiran Indonesia.

“Setelah menunggu selama setengah jam, tiada individu tampil menuntut rokok tersebut dan kita telah rampas dan bawa ke Pangkalan PPM Tawau untuk tindakan selanjutnya,” katanya lagi.

Antara jenama rokok yang dirampas Premium International (800 bungkus), Astro Mentol Light (1000), Astro Light Merah (1000), LA Merah (700), Magnum (1700).

Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan