Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar fail menunjukkan PICK di Sarikei, Sarawak ketika kemuncak jangkitan COVID-19. Foto TVS.

PICKids Sarikei capai 81 peratus vaksinasi

SARIKEI, 3 Jun: Seramai 11,661 atau 81 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Bahagian Sarikei sudah menerima dos pertama vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Dalam pada itu, seramai 10,455 atau 72.6 peratus populasi kanak-kanak di Sarikei juga sudah mendapat dos vaksin kedua. 

Peningkatan vaksinasi yang ketara itu dicatat hingga 25 Mei lalu, seterusnya membuktikan keyakinan tinggi masyarakat terhadap keberkesanan dan kepentingan vaksin dalam melindungi anak-anak mereka daripada implikasi jangkitan COVID-19.

Sehubungan itu, dalam satu kenyataannya, Pegawai Kesihatan Sarikei, Dr Emmanuel Joseph Fong Tsung memuji kerjasama baik semua pihak sehingga membolehkan program berkenaan berjalan lancar.

Malah ujar beliau, program itu juga berjaya meliputi keseluruhan tadika, sekolah rendah dan menengah.

Ibu bapa tidak perlu lagi mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’ kerana sejak pelaksanaan PICKids Bahagian Sarikei, tiada kesan sampingan serius dilaporkan.

Hingga kini, katanya, PICKids masih diteruskan secara janji temu di klinik kesihatan induk setiap daerah di Bahagian Sarikei.

Mereka yang ingin membuat janji temu boleh menghubungi talian Klinik Kesihatan Sarikei (019-8341079), Klinik Kesihatan Bintangor (084-693333), Klinik Kesihatan Julau (014-8984365), dan Klinik Kesihatan Pakan (013-5691087). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan