Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Harga ayam naik, peniaga bimbang pelanggan lari

MIRI, 3 Jun: Isu kenaikan harga ayam telah membimbangkan sebilangan peniaga yang berkecimpung dalam industri makanan dan minuman di sini ekoran daripada tindakan mereka yang terpaksa menaikkan harga jualan makanan bagi mendapatkan sedikit keuntungan.

Seorang peniaga makanan, Shamberi Eli, menyuarakan kebimbangan melihat pelanggannya lari ekoran kenaikan harga makanan.

“Dahulu harga ayam RM8 lebih, sekarang sudah RM10 lebih. Sebab itulah kalau kita jual nasi campur RM6 kepada RM8, pelanggan akan lari. Turunkanlah harga siling, susah bagi peniaga seperti kami,” katanya ketika ditemui TVS di Pasar Besar Krokop di sini hari ini.

Peniaga Alia Mokhsin (kiri) dan peniaga makanan Shamberi Eli (kanan) bimbang mengenai perniagaan mereka berikutan isu kenaikan harga ayam. Foto: TVS

Bagi peniaga Alia Mokhsin, negara baharu sahaja pulih daripada fasa pandemik.

Justeru beliau meminta kerajaan mempertimbangkan nasib peniaga yang terkesan.

“Ada pelanggan tanya kenapa harga naik. Saya terpaksa beritahu mereka harga naik bukan atas dasar suka-suka tapi kerana harga barang basah yang terlampau naik.

“Saya berharap kerajaan mempertimbangkan masalah kami sebagai peniaga. Kalau boleh, turunkan harga. Jangan terlampau membebankan kami sebagai peniaga yang baharu sahaja pulih daripada Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya kepada TVS.

Pada Rabu, Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan penarikan semula subsidi ayam mulai Julai akan datang kerana ramai daripada kalangan penternak ayam yang tidak menuntut bantuan tersebut.

Langkah itu dilihat akan memberi impak kepada penternak ayam yang memerlukan bantuan subsidi daripada kerajaan, seterusnya menjejaskan para pengguna. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan