Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira 3.30 petang dan siasatan awal mendapati mangsa berusia 35 tahun itu merupakan seorang pegawai polis yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Dua beradik maut dalam kemalangan di Kampar

IPOH, 3 Jun : Dua beradik maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 310.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat Kampar awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Mohamad Nazri Daud berkata mangsa Nurqalesya Adriana Jaafar, 12, maut di lokasi kejadian manakala adiknya Muhammad Saiful Amry, 9, meninggal dunia semasa mendapat rawatan di Hospital Tapah.

Katanya, polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Iswara dan sebuah treler kira-kira 2.30 pagi.

“Kereta itu dinaiki enam orang iaitu empat beradik serta bapa mangsa dan seorang wanita dipercayai tunang kepada bapa mangsa. Mereka dikatakan dalam perjalanan dari Baling, Kedah ke Seremban, Negeri Sembilan untuk menghantar kesemua adik beradik itu ke rumah ibu mereka.

“Bapa mangsa Jaafar Ahmad, 49, mengalami kecederaan di kaki kanan manakala dua lagi anaknya masing-masing berusia 14 dan enam tahun hanya cedera ringan dan wanita berusia 24 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Nazri berkata pemandu treler berumur 47 tahun pula tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata punca kemalangan masih lagi dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan