Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jemaah Menteri membangkitkan dua perkara berhubung Rang Undang-undang (RUU) Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti agar diperincikan dan diperhalusi semula oleh Jawatankuasa Pilihan Khas selepas dibentangkan pada mesyuarat Kabinet semalam.

RUU Larangan Tukar Parti : Jemaah menteri bangkitkan dua perkara untuk diperhalusi

ByBernama

PUTRAJAYA, 2 Jun: Jemaah Menteri membangkitkan dua perkara berhubung Rang Undang-undang (RUU) Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti agar diperincikan dan diperhalusi semula oleh Jawatankuasa Pilihan Khas selepas ia dibentangkan pada Mesyuarat Kabinet semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun telah memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri berkaitan pindaan perlembagaan itu, dan Jemaah Menteri tiada bantahan terhadap draf yang dicadangkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

“Walau bagaimanapun, Jemaah Menteri membangkitkan dua perkara untuk diperincikan dan diperhalusi semula oleh Jawatankuasa Pilihan Khas,” Wan Junaidi menyebut dalam satu kenyataan pada hari ini, tanpa mendedahkan butiran mengenai perkara yang dibangkitkan.

Menurutnya, mengikut Peraturan 85 Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, maklumat berhubung Jawatankuasa Pilihan Khas tidak boleh didedahkan kepada umum kerana ia masih dalam perbincangan pada peringkat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Sambil memaklumkan bahawa RUU itu secara keseluruhannya diambil maklum oleh Kabinet, Wan Junaidi berkata persoalan yang dibangkitkan Jemaah Menteri akan dibawa kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen pada 7 Jun ini untuk diteliti, seterusnya memuktamadkan RUU tersebut.

Menurut laporan sebelum ini, RUU Larangan Bertukar Parti dijangka dibentangkan seawal pertengahan Julai tahun ini, iaitu ketika Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat Penggal Kelima yang akan bermula pada 18 Julai.

Jika RUU itu dapat dibentangkan dan diluluskan pada sidang tersebut, ia boleh diwartakan seawal Januari tahun depan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan