Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Padah mengisi minyak petrol menggunakan gelen tanpa permit khas, empat lelaki warga asing ditahan dalam Ops Kontraban di sini semalam.

Empat lelaki ditahan ketika leka isi minyak petrol dalam gelen

SEMPORNA, 2 Jun: Empat lelaki warga asing mengundang padah apabila mereka mengisi minyak petrol menggunakan gelen tanpa permit khas, yang menyebabkan mereka ditahan polis dalam Ops Kontraban di sini semalam (Rabu).

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata kesemua lelaki warga asing berumur 30 hingga 44 tahun itu ditahan sekitar jam 11.40 pagi di sebuah stesen minyak.

“Mereka dipercayai memiliki barang kawalan, iaitu minyak petrol dengan tujuan menyalahi undang-undang,” beliau menyebut dalam kenyataan akhbarnya.

Beliau menambah, turut dirampas dalam operasi tersebut adalah tiga buah kereta sorong, 20 bekas gelen berisi penuh minyak petrol, dan 12 gelen lain yang kosong.

Rampasan dianggarkan bernilai RM1,000, dan kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Mohd Farhan berkata, pembelian minyak petrol dan diesel menggunakan gelen perlu ada permit khas daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia.

Pengusaha stesen minyak juga, katanya, perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan atau berdepan tindakan di Bawah Peraturan 12A Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan