SIBU, 2 Jun : Dua kanak-kanak dari Rumah Panjang Ekaw, Nanga Sungai Semawang, Kapit, kira-kira 200 kilometer (km) dari sini, ditemukan lemas hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata kedua-dua mayat mangsa ditemukan di Batang Rajang pada 7.30 pagi.
Kanak-kanak lelaki Damien Dashlley Sedan Donny, 9, dan kanak-kanak perempuan Chelsea Charity Darrie Ricky, 10, dilaporkan hanyut dibawa arus sungai semasa mandi-manda bersama keluarga pada petang Selasa lepas, iaitu sehari sebelum perayaan Gawai Dayak.
“Damien telah dijumpai 20 meter dari Rumah Panjang Ekaw dan dijumpai oleh ahli keluarga mangsa sendiri, manakala Chelsea dijumpai pada anggaran 20 km dari Rumah Panjang Ekaw iaitu berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Nanga Embuau,” katanya. –TVS