Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan polis dari Ibu Pejabat Daerah Marudi dengan bantuan Unit Kereta Peronda Polis (MPV) 440 Miri berjaya memberkas suspek kes langgar lari semalam. Foto: Facebook IPD Marudi

Cubaan pemandu SUV melarikan diri dalam kes langgar lari gagal

ByElani Rosllan

MARUDI, 2 Jun: Ketika menjalankan Ops Bersepadu pada Rabu malam, pasukan polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Marudi telah menerima laporan mengenai kes kemalangan langgar lari di Jalan Muhibah, Kampung Pemindahan, di sini.

Menurut Facebook IPD Marudi, kemalangan terbabit melibatkan sebuah motosikal yang dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Fortuner milik suspek.

Kenderaan SUV milik suspek. Foto: Facebook IPD Marudi

Selepas melanggar motosikal tersebut, suspek, iaitu pemandu Toyota Fortuner, bertindak melarikan diri dari lokasi kejadian menghala ke Miri.

Bertindak atas maklumat, pihak polis dengan pantas telah memburu kenderaan suspek dan berlaku aksi kejar mengejar di Jalan Marudi-Miri.

Pihak polis berjaya menahan suspek dengan bantuan Unit Kereta Peronda Polis (MPV) 440 Miri di tepi Jalan Miri-Bintulu berdekatan Lambir.

Suspek dan kenderaannya kemudian dibawa ke IPD Marudi untuk siasatan dan tindakan lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan