Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bekas Panglima Angkatan Tentera ke-11 Jen (B) Tan Sri Dr Abdul Rahman Abdul Hamid yang meninggal dunia hari ini.

Agong, Permaisuri ucap takziah kepada keluarga bekas PAT ke-11

KUALA LUMPUR, 2 Jun : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bekas Panglima Angkatan Tentera ke-11 Jen (B) Tan Sri Dr Abdul Rahman Abdul Hamid yang meninggal dunia hari ini.

Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Hajah Azizah mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.

“Yang di-Pertuan Agong, selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan Allahyarham kepada ATM dan juga negara,” demikian menurut catatan di Facebook rasmi Istana Negara hari ini. 

Menurut catatan itu, Seri Paduka menyifatkan pemergian Abdul Rahman sebagai kehilangan besar kepada ATM dan negara.

Abdul Rahman,83, menyertai ATM pada 1955 dan dilantik sebagai Panglima ATM ke-11 pada April 1992 sebelum bersara pada Februari 1994.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan