Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak serah kepada Perdana Menteri tentukan pembubaran Parlimen

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING,1 Jun: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan pihaknya tidak mengalami sebarang masalah untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15, dan menyerahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob untuk memutuskan tarikh pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya tersebut.

Menurut Abang Johari, yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang menerajui Kerajaan Sarawak, keperluan untuk mengadakan pilihan raya bukanlah satu masalah bagi Sarawak.

“Pilihan raya ini adalah pilihan raya kebangsaan di peringkat Parlimen. Jadi kita serah kepada Perdana Menteri.

“Sarawak tidak ada masalah sebab pembubaran Parlimen ditentukan oleh Perdana Menteri,” katanya ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Gawai Dayak 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini.

Tempoh matang bagi pembubaran Parlimen adalah lima tahun selepas pilihan raya umum lepas diadakan, iaitu pada Jun tahun hadapan, namun desas-desus mengenai pembubarannya kini sedang hangat diperkatakan menjelang penamatan tempoh Memorandum Persefahaman antara Kerajaan Persekutuan dengan Pakatan Harapan pada bulan depan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan