Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, hubungan erat dan teguh dalam kalangan rakyat menjadi tunjang asas kepada perpaduan serta keharmonian rakyat di Sarawak.

Rai kepelbagaian, hubungan erat asas perpaduan di Sarawak

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 1 Jun : Hubungan erat dan teguh dalam kalangan rakyat menjadi tunjang asas kepada perpaduan serta keharmonian rakyat di Sarawak, ujar Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau berkata, kepelbagaian dan perbezaan yang wujud tidak menjadi satu masalah bagi seluruh masyarakat di negeri ini untuk meraikan setiap perayaan bersama-sama.

“Inilah keadaan di Sarawak, setiap perayaan dirayakan bersama, seperti Hari Raya Aidilftri, kaum-kaum lain pun turut merayakan bersama-sama.

“Hari Gawai Dayak dirayakan oleh masyarakat Dayak tetapi ianya dirayakan bersama oleh semua kaum dan begitu juga dengan perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Krismas serta perayaan-perayaan yang lain,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Persatuan Anak Jati Lawas di sini.

Beliau juga bersyukur kerana dapat meraikan perayaan dan mengadakan rumah terbuka Aidilfitri setelah dua tahun berdepan cabaran berikutan penularan COVID-19. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan