Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi, Datu Dr Penguang Manggil memberi penghargaan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dengan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka sempena sambutan perayaan Hari Gawai.

Projek rakyat di Marudi beri kelegaan kepada semua – Penguang

ByNazirah Adlina

KUCHING, 1 Jun : Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil memberi penghargaan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kerana telah meluluskan beberapa projek infrastruktur rakyat di Marudi.

Katanya, projek-projek yang dilaksanakan sememangnya dinantikan oleh masyarakat di kawasannya.

“Saya ingin menyatakan penghargaan saya kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg kerana banyak menjalankan projek rakyat seperti pembinaan infrastruktur asas di Marudi,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Sempena Sambutan Hari Gawai di kediamannya yang dihadiri Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Haji Openg.

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin dan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan