Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Barisan kepimpinan kerajaan Sarawak meraikan keharmonian dalam kepelbagaian pada Majlis Rumah Terbuka Hari Gawai Dayak 2022.

Perayaan Hari Gawai 2022 simbol penyatuan pelbagai etnik

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 1 Jun: Majlis Rumah Terbuka Hari Gawai Dayak 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada hari ini bukan hanya merayakan sambutan Gawai Dayak, tetapi ia turut meraikan kepelbagaian budaya yang terdapat di Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, menyifatkan majlis tersebut, yang turut dihadiri kaum etnik lain selain kaum-kaum Dayak, mencerminkan keharmonian luar biasa antara pelbagai kaum etnik di negeri ini.

“Setiap kali tibanya musim perayaan, baik mereka yang berbangsa Cina, Melayu mahupun bangsa-bangsa lain, mereka pasti hadir untuk berkumpul bersama.

“Pada hari ini, mereka datang ke sini bukan hanya untuk makan tetapi mengeratkan perpaduan antara satu sama lain,” katanya.

Menurut Douglas, berdasarkan amatan beliau, Sarawak merupakan negeri yang bertuah kerana memiliki keharmonian antara etnik yang paling baik berbanding negeri lain dalam Malaysia.  

“Sarawak sangat bersatu jika dibandingkan dengan Semenanjung Malaysia. Saya rasa ini merupakan perkara yang bagus kita miliki dan patut dikekalkan sampai bila-bila,” ujar Uggah.

Majlis berkenaan, yang dihadiri seramai 3,000 pengunjung, turut dihadiri barisan tertinggi kepimpinan kerajaan, termasuk Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, serta Timbalan-Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Dato Sri Dr Sim Kui Hian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan