Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jambatan Sungai Bintangor yang sedang dalam pembinaan ketika ini akan menjadi ikonik baharu negeri apabila ia siap sepenuhnya tidak lama lagi.

Jambatan Sungai Bintangor ikonik terbaharu Sarawak

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 1 Jun : Jambatan Sungai Bintangor yang sedang dalam pembinaan ketika ini akan menjadi ikonik baharu negeri apabila ia siap sepenuhnya tidak lama lagi.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, rekaan bentuk  jambatan tersebut persis jambatan terkenal yang terdapat di negara Eropah.

“ Sekarang kita sedang membina jambatan baru Sungai Bintangor yang mana  bentuk rekaannya  seakan serupa dengan jambatan yang saya lihat di Rotterdam, Belanda tempoh hari,” katanya.

Abang Jo berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kampung Bandarsah 2022 anjuran Persatuan Anak Seni Bandarsah Kuching, di Hotel Waterfront Kuching.

Ujar beliau, kerajaan negeri turut akan membina tebingan (waterfront) di kawasan kampung dalam daerah Satok yang akan dilaksanakan dalam masa satu hingga tiga tahun akan datang yang menelan belanja lebih RM 60 juta.

Perancangan berkenaan merupakan salah satu inisiatif yang diambil pihaknya dalam memastikan bandaraya Kuching terus dipenuhi dengan kepelbagaian tarikan.

“Setelah semuanya siap, bandaraya Kuching akan mempunyai prasarana yang boleh kita banggakan dan   menjadi tarikan dalam pembangunan ekonomi yang sedang  berjalan dengan rancak ketika ini,” jelasnya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan