WASHINGTON DC, 1 Jun: Kumpulan muzik tersohor dari Korea Selatan BTS melawat Rumah Putih semalam untuk membincangkan kes jenayah kebencian, yang menyasarkan orang Asia, bersama Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, lapor Reuters.
Pertemuan itu diadakan sebagai pengiktirafan kepada sambutan Bulan Asia Amerika dan Orang Asli Hawaii/Pasifik pada Mei ekoran peningkatan mendadak kes jenayah kebencian terhadap warga Asia Amerika pada tahun lalu.
Serangan terhadap orang berketurunan Asia meningkat selepas beberapa ahli politik dan pakar menyalahkan China atas pandemik COVID-19, seterusnya mempengaruhi ramai orang Amerika to membenci orang Asia.
Pertemuan antara BTS dengan Biden diadakan secara tertutup dan tidak dibuka kepada organisasi media.
Kumpulan K-pop itu terkenal dengan lirik dan kempen sosial yang mereka gunakan untuk memperkasakan anak-anak muda sejak penampilan sulung mereka pada 2013.Â
Pada Jun 2020, peminat BTS melancarkan kempen dalam talian yang dipanggil #MatchAMillion untuk mengumpul dana bagi memperjuangkan keadilan sosial di AS.Â
Kempen itu memperoleh USD1 juta (kira-kira RM4.39 juta) dalam masa satu hari untuk memadankan sumbangan kumpulan itu kepada kempen Black Lives Matter. – TVS