Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Abang Johari ‘ngabang’ ke rumah Alfred Jabu

KUCHING, 1 Jun: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang telah meluangkan masa untuk mengunjungi kediaman bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang sempena sambutan Hari Gawai Dayak pada hari ini.

Hari Gawai Dayak disambut oleh seluruh masyarakat Dayak yang terdiri daripada berbagai suku kaum etnik di negeri ini.

Ketibaan Abang Johari bersama rombongan pada kira-kira jam 1.30 tengah hari disambut mesra oleh ahli keluarga Jabu dan isteri, serta anaknya, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar, Dato Gerald Rentap Jabu.

Turut menyertai kunjungan itu adalah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta isteri, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar serta isteri, dan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi serta isteri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan