Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perbadanan Hutan Sarawak (SFC), dengan kerjasama kumpulan Pemburu Buaya Samarahan, berjaya mengalihkan sebanyak 44 biji telur buaya yang ditemukan di Kampung Meranek di sini. Foto: Facebook SFC

44 biji telur buaya berjaya dialihkan – SFC

ByAkma Salleh

KOTA SAMARAHAN, 1 Jun : Perbadanan Hutan Sarawak (SFC), dengan kerjasama kumpulan Pemburu Buaya Samarahan, berjaya mengalihkan sebanyak 44 biji telur buaya yang ditemukan di Kampung Meranek di sini.

Menurut kenyataan di laman Facebook SFC, semasa operasi tersebut, pihaknya turut memantau keadaan sekeliling menggunakan dron.

“Sebanyak 17 jerat telah dipasang. Sarang berserta 44 biji telur itu kemudian dialihkan ke tempat yang selamat,” kenyataan itu memaklumkan.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), yang juga Ahli Parlimen Santubong, Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, telah menggesa agar SFC mengambil langkah proaktif dan holistik bagi menangani insiden serangan buaya di negeri ini.

Ia susulan berita menggemparkan mengenai seorang kanak-kanak lelaki yang diserang buaya di Kampung Nyabut, Telaga Air.

Malah Sarawak digemparkan lagi oleh penemuan kepala manusia, dipercayai mangsa serangan buaya, yang hanyut di Sungai Kampung Kangka, Lundu, baru-baru ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan