Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua remaja lelaki yang dilaporkan sesat ketika melakukan pendakian di Kem Permai, Santubong semalam telah ditemui dengan selamat pagi tadi. Foto: JBPM

Remaja sesat di Kem Permai, Santubong ditemui selamat

ByElani Rosllan

KUCHING, 31 Mei : Dua remaja lelaki yang dilaporkan sesat ketika melakukan pendakian di Kem Permai, Santubong pada Isnin telah ditemui dengan selamat.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada pukul 6.42 petang Isnin.

“Sebaik sahaja menerima panggilan tersebut, pihak bomba telah diarahkan ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Namun begitu, operasi SAR malam tadi terpaksa ditangguhkan pada pukul 1.22 pagi atas faktor pencahayaan dan laluan curam,” katanya.

Usaha untuk mencari kedua-dua remaja yang berusia 19 tahun itu disambung semula pukul 10.30 pagi tadi dan turut disertai Unit Anjing Pengesan (K9), Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dan Perbadanan Hutan Sarawak (SFC).

Operasi SAR hari kedua telah dibahagi kepada tiga kumpulan pencarian di sekitar kawasan Kem Permai.

“Ketika menjalankan operasi SAR, anggota pasukan telah terdengar suara mangsa lalu melakukan ”off-trail” untuk mengesan lokasi suara tersebut sehingga berjaya menemui mereka sekitar pukul 11.25 pagi,” tambahnya.

Kedua-dua mangsa telah dibawa ke Pusat Kawalan Bomba di Kem Permai dan seterusnya dibawa ke hospital untuk pemeriksaan selanjutnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan