Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis Daerah Tawau melumpuhkan sindiket penyeludupan dadah dengan menahan seorang lelaki tempatan dan merampas lebih 7 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM258,948.

Lelaki tempatan ditahan bersama 7 kilogram dadah

TAWAU, 31 Mei : Polis Daerah Tawau melumpuhkan sindiket penyeludupan dadah dengan menahan seorang lelaki tempatan dan merampas lebih 7 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM258,948.

Ketua Polis Daerah, ACP Jasmin Husin berkata, suspek berusia 20 tahun itu ditahan di sebuah premis di Jalan Stephen Tan pada 25 Mei lepas kira-kira pukul 2.10 petang dalam satu operasi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND).

Semasa operasi, pihaknya telah merampas dua bungkusan plastik teh cina bertulis ‘Guanyinwang’ yang disembunyikan dalam alat pembesar suara.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas kedua-dua bungkusan tersebut didapati berisi bahan ketulan hablur jernih yang disyaki dadah jenis Syabu,” katanya ketika sidang media di IPD Tawau, hari ini.

Katanya lagi, hasil siasatan lanjut ke atas suspek telah membawa kepada serbuan di sebuah rumah kedai yang juga rumah sewa suspek di Batu 3, Jalan Apas pada pukul 3.40 petang hari yang sama.

“Hasil daripada serbuan tersebut, pasukan telah berjaya merampas lima lagi bungkusan yang berisi bahan ketulan hablur jernih yang disyaki dadah jenis syabu,” katanya.

Kesemua rampasan telah dibawa ke Pejabat BSJND IPD Tawau untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya(ADB)1952 yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

“Suspek telah ditahan reman selama tujuh hari dan tamat pada 1 Jun ini dan kita percaya suspek adalah rantaian kepada satu sindiket penyeludupan.

“Hasil semakan rekod juga mendapati suspek mempunyai dua kesalahan rekod berkaitan jenayah,” ujarnya.

Mengulas lanjut Jasmin berkata dadah berkenaan mampu dibekalkan kepada 35 ribu orang penagih dan disyaki untuk pasaran tempatan yang dipercayai dibawa masuk ke Sabah melalui perkhidmatan kurier. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan