Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lembaga Sungai - Sungai Sarawak (LLS) memakluman paras air di beberapa sungai di hilir Empangan Hidroelektrik Bakun dijangka meningkat berikutan operasi melepaskan air dari empangan itu bermula hari ini. Foto: Arkib Sarawak Energy Berhad (SEB)

Pelepasan air Empangan Hidroelektrik Bakun hari ini, waspada peningkatan paras air sungai

KAPIT, 30 Mei : Lembaga Sungai – Sungai Sarawak (LLS) memakluman paras air di beberapa sungai di hilir Empangan Hidroelektrik Bakun dijangka meningkat berikutan operasi melepaskan air dari empangan itu bermula hari ini.

Sehubungan itu, penduduk yang tinggal di kawasan berkenaan dinasihatkan berwaspada kerana operasi berkenaan dijangka mengambil masa selama dua minggu sehingga 13 Jun depan.

LLS memakluman, operasi berkenaan dilaksanakan bagi mengatasi masalah bekalan air Kapit.

“Tujuan operasi ini adalah untuk membolehkan bekalan air mencukupi sepanjang masa dan kesinambungan operasi loji Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak, Bahagian Kapit,” jelas kenyataan itu.

Kenyataan yang dimuatnaik menerusi laman web rasmi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS).

Selain itu LLS turut menasihatkan pihak lain yang terlibat iaitu masyarakat perkapalan dan pengguna sungai di hilir Empangan Hidroelektrik Bakun dinasihatkan supaya mengambil tindakan awal daripada aspek keselamatan semasa belayar ataupun penggunaan di perairan bagi menggelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan (24 Jam) Sarawak Energy Berhad di talian 1 300 88 3111. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan