Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Op Benteng gagalkan cubaan seludup rokok, rampasan bernilai RM1.038 juta

ByTVS

TAWAU, 30 Mei: Sebanyak 8650 karton rokok seludup dianggarkan bernilai RM1.038 juta dipercayai untuk pasaran tempatan dirampas Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2) dalam Op Benteng Bersama, awal pagi tadi.

Komander ATB 2, Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad berkata, ATB2 mengesan empat buah bot laju dalam keadaan mencurigakan bergerak dari arah Pulau Sebatik menuju ke Batu 3 pada jam 3.05 pagi.

“Berdasarkan maklumat itu sepasukan anggota Tim Quick Reaction Force (QRF) ditugaskan ke lokasi bagi melakukan rondaan dan tinjauan.

“Hasil rondaan dan tinjauan QRF telah berjaya menahan sebuah lori muatan jenis bonded 1 tan Hicom berwarna putih yang berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan tersebut pada jam 4 pagi,” katanya.

Jelasnya, pemeriksaan awal dilakukan ke atas lori tersebut didapati membawa rokok seludup dari Indonesia ke Tawau yang telah ditinggalkan apabila menyedari kehadiran Tim QRF di kawasan tersebut.

“ATB 2 percaya kegiatan itu melibatkan sindiket warga tempatan dan warga asing bagi tujuan perniagaan rokok seludup di pasaran gelap sekitar Tawau,” katanya lagi.

Abdul Karim berkata, nilai keseluruhan rampasan adalah berjumlah RM 1.038 juta.

Kesemua barang rampasan dan kenderaan telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau pada jam 2.40 petang untuk siasatan serta tindakan lanjut.

Beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kepada anggota-anggota yang terlibat di atas kejayaan tersebut.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan