Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Liga Arab pada Ahad mengecam tindakan pelampau Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa yang berada di bawah perlindungan pasukan keselamatan Israel, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).

Liga Arab kecam tindakan pelampau Israel serbu Al-Aqsa

KAHERAH, 30 Mei : Liga Arab mengecam tindakan pelampau Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa yang berada di bawah perlindungan pasukan keselamatan Israel, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).

Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit berkata tindakan mereka merupakan pencabulan baharu terhadap status quo, dan mewakili provokasi besar kepada perasaan negara Arab dan Islam, yang boleh mencetuskan ketegangan di kota Baitulmaqdis dan kawasan lain.

Beliau berkata tindakan menyerbu perkarangan Al-Aqsa semasa “Perarakan Bendera” adalah tindakan tidak bertanggungjawab yang khususnya bertujuan merealisasikan matlamat kumpulan pelampau yang berusaha untuk menghapuskan kehadiran rakyat Palestin di Baitulmaqdis Timur yang dicerobohi dan mengenakan sekatan ke atas jemaah di kawasan Haram Al Sharif itu.

Beliau menggesa kuasa-kuasa yang berpengaruh di seluruh dunia dan masyarakat antarabangsa supaya memberi tekanan kepada Israel untuk menghentikan provokasi itu yang mendorong ke arah konfrontasi agama dengan akibat yang tidak dapat dibayangkan. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found