KOTA KINABALU, 30 Mei : Sebanyak RM227.4 juta diperuntukkan kepada sektor pelancongan di negeri Sabah.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata peruntukkan berkenaan wajar disalurkan kerana kerajaan sentiasa mementingkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
“Daripada jumlah itu sebanyak RM131.93 juta diberikan kepada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar atas dasar komitmen berterusan daripada kerajaan negeri.
“Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk memastikan setiap komponen dalam mewujudkan kelestarian hijau akan dapat diberikan perhatian sepenuhnya,” katanya pada Majlis Pembukaan Sambutan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2022 di Dewan Kadazandusun Cultural Association Sabah (KDCA), hari ini.
Sehubungan dengan itu, Hajiji turut meluluskan peruntukan khas sebanyak RM3.5 juta bagi projek pembesaran Dewan KDCA, gerai makan dan kerja-kerja berkaitan. – TVS