Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Operasi mencari mangsa pada hari ketiga bot bermotor Ladang Pertiwi 02 masih dilakukan hari ini (30 Mei), di perairan Selat Makassar.
Operasi mencari mangsa pada hari ketiga bot bermotor Ladang Pertiwi 02 masih dilakukan hari ini (30 Mei), di perairan Selat Makassar. Foto: David Andreas

Bot bawa 42 penumpang karam di Selat Makassar, 31 orang ditemui selamat

ByTVS

JAKARTA, 30 Mei: Operasi mencari mangsa pada hari ketiga tragedi bot karam Ladang Pertiwi 02 masih dilakukan hari ini (30 Mei), di perairan Selat Makassar.

Pencarian 42 mangsa bot dilaporkan itu masih belum berjaya sepenuhnya.

Kawasan pencarian dan pemantauan masih tertumpu betul-betul di titik karam kapal kira-kira 10 NM dari Pulau Pemantau di sekitar Selat Makassar.

Sehingga kini, 31 atau daripada keseluruhan 42 penumpang KM Ladang Pertiwi 02 telah ditemui selamat.

“Hingga hari ini daripada 42 penumpang , 31 korban ditemui selamat, itu berita yang baru kami terima dari team SAR di lapangan” kata Kepala Basarnas Makassar, Djunaidi di pos SAR Pelabuhan Paotere Makassar, hari ini.

Menurut Djunaidi, pencarian penumpang di atas kapal karam itu akan dijalankan selama tujuh hari berikutnya mengikut peraturan mencari dan memindahkan mangsa bencana.

1 atau daripada keseluruhan 42 penumpang KM Ladang Pertiwi 02 telah ditemui selamat. Foto: David Andreas
31 atau daripada keseluruhan 42 penumpang KM Ladang Pertiwi 02 telah ditemui selamat.

Sebelum ini, Kapal Motor Ladang Pertiwi dengan laluan Paotere – Pulau Kalmas, Kepulauan Pangkep dilaporkan karam kira-kira 108 NM di sekitar Selat Makassar.

Kapal yang membawa kira-kira 42 orang pada hari Khamis, 26 Mei 2022 pukul 03.30 WITA dilaporkan karam akibat kehabisan bahan bakar di perairan Selat Makassar.

Bagaimanapun, Basarnas menerima maklumat baharu pada Sabtu, 26 Mei 2022, dan pasukan penyelamat Makassar Basarnas dibantu Polis Negara dan TNI serta organisasi SAR berkaitan segera melakukan pencarian di lokasi kapal karam.

Basarnas telah mengerahkan 8 kapal pencari dibantu oleh kapal-kapal yang beroperasi di sekitar titik pencarian melalui laut dan juga mengerahkan 1 unit helikopter untuk menjalankan operasi menyelamat ini. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found