KUCHING, 29 Mei : Real Madrid menjulang trofi Liga Juara – Juara Eropah awal pagi tadi dengan keputusan tipis 1-0 , menumbangkan Liverpool.
Terdahulu, aksi di Stade de France , Paris itu dimulakan dengan drama kekecohan di luar stadium yang menyebabkan perlawanan bermula 30 minit daripada dijadualkan.
Ini gara – gara terdapat penyokong cuba memasuki stadium dengan menggunakan tiket palsu.
Aksi dalam padang pada separuh masa pertama menyaksikan kedua -dua pasukan memasuki bilik persalinan tanpa ‘kelebihan’ apabila terikat 0-0.
Naib Juara Liga Perdana Inggeris, Liverpool berpeluang memimpin permainan di babak awal namun percubaan Sadio Mane diselamatkan penjaga gol Madrid Thibaut Courtois.
Memasuki minit ke -14 babak kedua, lebih 20 000 penyokong Real Madrid yang membentuk lautan putih dalam stadium bersorak gembira apabila pemain sayap, Â Vinicius Junior menyempurnakan hantaran Fede Valverde pada minit ke-59 untuk Madrid mendahului permainan.
Keputusan itu kekal sehingga wisel dibunyikan sekaligus menyaksikan Real Madrid menjulang kejuaraan kali ke-14 mereka di pentas tertinggi Eropah.
Bagi anak buah Jurgen Klopp , ini merupakan satu lagi penamat kurang sempurna musim ini apabila terpaksa menamatkan saingan Liga Juara Eropah sebagai ‘pasukan kedua terbaik’ , mengulangi skrip minggu lepas dalam perebutan kejuaraan Liga  Perdana English.
Kekalahan itu menyaksikan Liverpool kekal dengan enam kejuaraan Eropah itu manakala Real Madrid menjulang trofi Liga Juara-Juara mereka bagi kali ke-14.
Sementara itu secara esklusif kepada BT Sport, Kloop berkata, keseluruhannya pasukan ‘memerlukan masa’ untuk menerima kekalahan itu namun berjanji akan membuat kemunculan yang lebih hebat pada musim depan.
“Mungkin beberapa minit atau jam untuk terima keputusan (kalah) , tiada siapa dalam bilik persalinan berpendapat ini musim yang hebat,”katanya.
Namun demikian, beberapa media antarabangsa melaporkan Klopp berkata, tiket final musim depan kejohanan itu di Turki menjadi sasaran Liverpool.
“Tempah bilik hotel,”katanya seperti dilaporkan.
Di kem Real Madrid pula, suasana ‘perayaan’ kini dinikmati oleh pemain dan penyokong gergasi Sepanyol ini.
Reuters melaporkan ,penjaga gol Real Madrid , Thibaut Courtois berpendapat, dia mendapat penghormatan sewajarnya selepas dinobatkan pemain terbaik perlawanan.
Katanya, dia perlu menang dalam aaksi final untuk karier supaya namanya lebih dihormati.
“Saya amat gembira dan bangga dengan persembahan pasukan,”katanya. -TVS