Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nepal mempunyai permandangan pergunungan yang menakjubkan. Foto Arkib Bernama.

Pesawat persendirian bawa 22 penumpang dilaporkan hilang di Nepal

NEW DELHI, 29 Mei : Sebuah pesawat persendirian yang membawa 22 penumpang dilaporkan hilang di Nepal, kata pegawai pada Ahad.

Pesawat milik Tara Air itu berlepas dari bandar Pokhara.

Pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri, Fanindra Mani Pokharel memberitahu Agensi Anadolu operasi mencari dan menyelamat telah dilancarkan.

“Terdapat 19 penumpang dan tiga anak kapal di dalam pesawat itu,” katanya.

Pesawat itu terputus hubungan pada pagi Ahad sejurus berlepas dari lapangan terbang.

Akhbar Kathmandu Post melaporkan beberapa rakyat India turut berada di dalam pesawat itu. -TVS

Tags: nepal, pesawat

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan