Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki yang disyaki mencabul seorang kanak - kanak perempuan berusia enam tahun bertindak agresif ketika cuba ditahan polis.Foto CID IPD Miri.

Pencabul kanak-kanak melawan ketika cuba ditangkap

MIRI, 29 Mei : Seorang lelaki yang disyaki mencabul seorang kanak – kanak perempuan berumur enam tahun bertindak agresif ketika cuba ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Alexson Naga Chabu berkata, ketika itu suspek dikesan berada di kawasan kaki lima premis perniagaan di bandar ini.

“Suspek yang menyedari kehadiran anggota polis cuba melarikan diri menyebabkan berlaku pergelutan.

“Bagaimanapun suspek berjaya ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri,” katanya menerusi kenyataan media.

Beliau memberitahu, suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan