Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua buat Filipina diusir dari perairan Malaysia di Sandakan, Sabah.

Dua bot Filipina masuk perairan Sandakan ‘dihalau’ polis marin

SANDAKAN, 29 Mei : Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan berjaya mematahkan cubaan dua bot dari negara jiran yang menceroboh masuk ke perairan negara melalui kawasan perairan Sandakan awal pagi semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Sandakan, Deputi Superintendan (DSP) Rusdin Banin berkata, pihaknya mengesan bot-bot itu dalam keadaan yang mencurigakan dan seterusnya dipintas oleh pasukan keselamatan negara.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati dua bot yang mendakwa dari Filipina itu membawa hasil laut untuk tujuan dijual.

“Bot itu kemudian diarahkan berpatah balik dengan diiringi oleh pasukan PPM Sandakan sehingga keluar dari perairan negara.

“Mereka juga diarahkan supaya tidak memasuki perairan Malaysia selaras dengan kehendak Undang-Undang Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi mengekang penularan wabak COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rusdin berkata PPM Wilayah 4 komited dan giat melakukan operasi bagi mencegah kemasukan bot-bot asing ke perairan negara.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan