Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sembilan PATI yang cuba memasuki Malaysia menerusi Lubok Antu diusir pasukan keselamatan negara. Foto Markas Divisyen Pertama Infrantri Malaysia.

Sembilan PATI cuba masuk Sarawak di Lubok Antu diusir tentera

ByNurul Amarlina

KUCHING, 28 Mei : Sembilan orang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba memasuki Malaysia menerusi ‘laluan’ di Ladang Salcra Tabau Gerunggang, Lubok Antu, awal pagi tadi terpaksa berpatah balik setelah diusir oleh pasukan keselamatan negara yang bertugas di situ.

Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) berkata, ketika kejadian pada pukul 1 pagi tadi, anggota bertugas mengesan sekumpulan lelaki dalam keadaan mencurigakan sedang berjalan pada jarak kira – kira dua kilometer (km)  dari sempadan Indonesia.

Jelas 1 Divisyen, setelah ditahan, pemeriksaan mendapati kesemua mereka yang terdiri daripada lelaki warga Indonesia berusia sekitar 18 hingga 45 tahun tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.

“Pemeriksaan lanjut tidak menemui barang terlarang selain barangan peribadi iaitu sembilan buah telefon bimbit yang dianggarkan bernilai sekitar RM 5,700,” jelas markas berkenaan menerusi kenyataan media hari ini.

Baca lagi > > > Lelaki tempatan seludup PATI dan dadah diberkas tentera

Baca lagi > > > 25 PATI ditahan, rampasan bernilai RM73, 643

Kesemua PATI itu diusir pada pukul 2 pagi setelah laporan dibuat di Balai Polis Lubok Antu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan