Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki warga tempatan ditahan selepas dipercayai cuba menyeludup keluar barang kawalan ke negara jiran di perairan Sungai Melayu di sini semalam.
Seorang lelaki tempatan gagal menyeludup minyak masak dan tong gas LPG ke negara jiran selepas ditahan pihak berkuasa semalam.

Lelaki tempatan gagal seludup keluar minyak masak dan tong gas

TAWAU, 28 Mei : Seorang lelaki tempatan gagal dalam ‘cubaannya’ untuk menyeludup keluar barang kawalan ke negara jiran di perairan Sungai Melayu di sini selepas ditangkap oleh Pasukan Polis Marin (PPM) semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superintendan Ridzauddin Selamat berkata, bot yang digunakan lelaki berusia 25 tahun dikesan kira – kira pukul 1.30 petang semalam oleh sepasukan anggotanya.

“Tindakan memintas dan menahan bot itu untuk pemeriksaan segera dilakukan.

“Pemeriksaan ke atas bot jongkong menemukan sebanyak 476 bungkus minyak masak dan lima tong gas cecair petroleum (LPG) dipercayai cuba diseludup ke negara jiran,” katanya dalam kenyataan.

Suspek yang juga juragan bot gagal menunjukkan sebarang permit membawa barang kawalan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Menurutnya, semua barang kawalan termasuk bot jongkong dianggar bernilai RM38,884 dibawa ke Makas Operasi PPM Tawau sebelum diserahkan kepada KPDNHEP.

“Juragan bot ditahan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat metngikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan