Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: Bernama

Kematian King Dieng, kehilangan tragis Majlis Perbandaran Sibu – Pengerusi

ByBernama

SIBU, 28 Mei : Majlis Perbandaran Sibu (MPS) telah kehilangan seorang ahli majlis yang baik berikutan kematian Andy Ting King Dieng, 43, kata Pengerusinya Clarence Ting Ing Horh.

Dalam kenyataan yang disiarkan di Facebook, Ing Horh berkata King Dieng merupakan seorang yang sentiasa positif dan suka menolong.

“Beliau sebahagian daripada pasukan Ahli Majlis SMC, mendiang adalah naib pengerusi jawatankuasa pembangunan komuniti sosial,” katanya.

Ing Horh berkata beliau mengetahui mengenai berita tragis itu pada kira-kira pukul 8 pagi bahawa kereta King Dieng melanggar penghadang jalan berhampiran sebuah hotel di Jalan Lanang sebelum terjunam ke dalam Sungai Batang Rajang.

Baca > > > Ahli kaunselor Majlis Perbandaran Sibu maut, Mercedes terjunam ke dalam Sungai Batang Rajang

Sepasukan penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sibu telah mengeluarkan mayat King Dieng pada petang Jumaat.

Beliau berkata mereka berdua bersama ahli majlis lain bermesyuarat pagi semalam untuk meneliti persiapan Festival Kebudayaan Borneo dan berjanji akan bertemu semula selepas sambutan Hari Gawai.

Menurutnya King Dieng sentiasa bersemangat dalam penganjuran sesuatu majlis dan beliau begitu semangat untuk mengendalikannya.

“Saya amat bersimpati dengan keluarganya. Saya akan merindui awak. Bersemadikan dengan tenang,” tambahnya.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Sibu mengesahkan menerima panggilan mengenai kejadian itu pada kira-kira 12.40 tengah malam Jumaat.

Ketuanya Suna Kahar berkata penyelam berjaya mengesan kereta itu pada kira-kira pukul 2.55 petang semalam dan mengangkatnya menggunakan kren pada kira-kira 3.49 petang sebelum mayat mangsa dikeluarkan pada kira-kira pukul 4.04 petang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan