Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun empat bulan didakwa hilang semasa berada di majlis hari raya anjuran keluarganya di rumah rakit di Bukit Rangin di sini, malam tadi. Foto: Media sosial

Kanak – kanak perempuan hilang ketika majlis raya di rumah rakit

ByBernama

KUANTAN, 28 Mei : Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun empat bulan didakwa hilang semasa berada di majlis hari raya anjuran keluarganya di rumah rakit di Bukit Rangin di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata Siti Nur Athhiyya Soffea Mohamad Sukri dilaporkan kali terakhir dilihat bapanya pada 11.15 malam.

Siti Nur Athhiyya Soffea yang merupakan anak tunggal memakai baju kurung berwarna merah di majlis itu.

“Bapanya mendakwa telah bertanya mengenai anaknya kepada semua tetamu yang hadir, namun tiada yang mengaku melihat kanak-kanak itu menyebabkan bapanya membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Mohd Zahari berkata usaha mencari Siti Nur Athhiyya Soffea giat dijalankan dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai orang hilang dengan siasatan dijalankan mengikut semua kemungkinan.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata pihaknya mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sungai dan sekitar tebing berhampiran rumah rakit itu pada 3.23 pagi tadi.

SAR diaktifkan dengan mengambil kira kemungkinan kanak-kanak itu terjatuh dari dua rumah rakit kepunyaan bapanya, yang mempunyai jambatan kayu di bahagian tengah untuk menghubungkan kedua-dua rumah tersebut.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan