Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata peruntukan dana berjumlah RM8 juta pada tahun lepas bagi pembangunan industri francais juga telah berjaya melahirkan ramai pengusaha. Foto: Facebook Alexander Nanta Linggi

Industri francais mampu berkembang pesat di Sabah, Sarawak

ByBernama

SANDAKAN, 27 Mei : Industri francais mampu berkembang lebih pesat di Sabah dan Sarawak, termasuk berpotensi melahirkan usahawan berjaya sehingga ke luar negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata biarpun pendedahan industri francais belum mencapai tahap memuaskan di Sabah dan Sarawak, namun masih banyak peluang serta ruang bagi kemajuan tersebut.

“Kalau kita lihat bagaimana industri ini mampu cepat berkembang di tempat lain, lebih-lebih lagi di Semenanjung, (ini bermakna) peluang sama juga ada untuk kalangan usahawan di Sabah dan Sarawak.

“Jenama dari Malaysia misalnya sudah bertapak di 72 negara. Oleh itu, kita akan bangunkan lagi industri ini supaya lebih banyak lagi jenama dan produk baharu dapat diperkenalkan di dalam serta di luar negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan cawangan baharu jenama minuman Tealive yang terletak di Hotel Elopura di sini, malam Khamis.

Mengulas selanjutnya, Nanta berkata peruntukan dana berjumlah RM8 juta pada tahun lepas bagi pembangunan industri francais juga telah berjaya melahirkan ramai pengusaha.

Atas alasan itu, beliau berkata kementerian itu akan memohon tambahan dana daripada kerajaan bagi merancakkan lagi industri tersebut.

Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd Bryan Loo berkata syarikat induk Tealive itu menyasarkan untuk membuka 12 lagi cawangan secara francais di Sabah menjelang tahun depan.

Menurutnya, pada masa ini, jenama minuman itu mempunyai 47 cawangan di 14 bandar di Sabah.

“Sebagai satu jenama yang lahir di Malaysia dan dibesarkan untuk dunia, Tealive amat menghargai sokongan luar biasa pencinta teh di Sabah yang membolehkan kami berkembang secara konsisten ke bandar dan pinggir bandar,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan