Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto China Press

Ibu dan nenek saudara ditahan bantu siasatan kes dera kanak-kanak

ByBernama

GEORGE TOWN, 27 Mei: Polis menahan dua wanita tempatan kerana disyaki terlibat mendera dua kanak-kanak berusia lima dan tiga tahun dalam serbuan di sebuah rumah flat di Air Itam di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut , Asisten Komisioner (ACP) Soffian Santong berkata , kedua-dua wanita berkenaan masing-masing berusia 28 dan 52 tahun adalah ibu dan nenek saudara kepada kanak-kanak berkenaan.

“Pada 8 pagi tadi, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang lelaki warga tempatan di Balai Polis Air Itam, di sini berkaitan satu hantaran di media sosial Facebook oleh orang awam tentang gambar dua orang kanak-kanak sedang makan di sebuah restoran dengan kesan kecederaan di bahagian muka.

“Pengadu membuat laporan polis kerana mengesyaki kedua-dua kanak-kanak berkenaan berkemungkinan mangsa penderaan dan bertindak atas maklumat, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ)  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut telah membuat serbuan dan pemeriksaan di sebuah rumah flat di kawasan Air Itam pada 11.15 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata dalam serbuan itu, pihak polis berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan berumur lima tahun dan adik lelakinya berusia tiga tahun manakala dua wanita terbabit ditahan.

Soffian berkata pemeriksaan awal pada tubuh mangsa menemukan kesan luka dan lebam di bahagian muka serta badan disyaki akibat penderaan.

Katanya, kedua-dua mangsa dirujuk ke Hospital Pulau Pinang bagi mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut.

“Ibu dan nenek saudara kepada dua kanak-kanak itu akan direman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi Bilik Gerakan IPD Timur Laut di talian 04-2181822 atau boleh pergi ke mana-mana Balai Polis berhampiran.

Sejak semalam, tular beberapa gambar dua kanak-kanak sedang makan di sebuah gerai di kawasan Air Itam dengan kesan lebam di muka mereka dipercayai menjadi mangsa penderaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan