Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bung Moktar tidak mahu karenah birokrasi ‘kacau’ pembangunan Sabah

ByBernama

KOTA KINABALU, 27 Mei :Terlalu banyak karenah birokrasi dengan pelbagai syarat ditetapkanĀ jabatan dan agensi kerajaan dalam melaksanakan projek pembangunan, hanya akan membantutkan pembangunan ekonomi Sabah.

Timbalan Ketua Menterinya Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata karenah birokrasiĀ tersebut mengakibatkan banyakĀ projek pembangunan tertangguh, yang pada akhirnya menjadi antara faktor Sabah jauh ketinggalan berbanding negeri lain.

Sehubungan itu, beliau yang jugaĀ Menteri Kerja Raya negeri, menggesa jabatan, agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri itu mempraktikkan pendekatan, idea serta kaedah baharu yang lebih efisien bagi memudahkan dan mempercepatkan proses pelaksanaan projek pembangunan.

ā€œPada saya, apabila kita tangguh projek pembangunan keranaĀ macam-macam birokrasi dan syarat diminta,Ā secara tidak langsung kita yang sabotaj pembangunan ekonomi kita (Sabah),Ā (tetapi)Ā dalam masa samaĀ kita salahkan pula orang lain sebab tidak membantu membangunkan negeri kita.

ā€œJadi, kita perlu berubahĀ kerana jika tidak, kita tidak akan dapat apa-apa perubahan,ā€ katanya kepada pemberita selepas melancarkan pembinaan bangunan ibu pejabat Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS) dan pusat komersial The Cove di sini, hari ini

Pada majlis itu, beliau turut menyaksikan majlis menandatangani surat pengesahan dan pertukaran perjanjian usaha samaĀ antara LPPS danĀ Deevin Development Sdn Bhd.

LPPS diwakili Timbalan Pengerusinya Aminah Johan dan Ahli Lembaga Pengarah Dr Ramli Amir, manakala Deevin Development diwakili kedua-dua Pengarah syarikatnya Datuk Chee Chi Vun dan Datuk Simon Chee Chi Nyen.

Dalam pada itu, Bung Moktar berkata bangunan baharu itu yang akan dibina di tanah seluas 2.58 hektar berhampiran Tanjung LipatĀ di sini, bakal menjadi pencetus perubahan dan mercu tanda baharu Sabah yang memberi impak besar kepada ekonomi negeri, termasuk menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

ā€œProjek pembangunan seumpama ini perlu diteruskan, bagiĀ memastikan ekonomi Sabah dapat dibangunkan selepasĀ tergendala disebabkanĀ pandemik COVID-19,ā€ katanya.

Projek pembangunan bernilai RM1 bilion itu, dijangka dimulakanĀ tahun ini melibatkan dua fasaĀ pembinaan iaitu fasa pertama merangkumi ruang pejabat LPPS dan pusat membeli belah,Ā manakala fasa keduaĀ hotel dan kondominum, dengan masing-masing dijangka siap dalam tempoh empat dan lapan tahun. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan